Friday 8 July 2016

Raye Ohh Raye

Assalamuailaikum semua , annyeonghaseyo ~

Alhamdulillah berlalu sudah ramadhan yang mulia selama sebulan kini syawal menjelang tiba (dah raya keempat dah pun baru nak update. maap)

selama sebulan jgk aku cuba diet atkins yakni tak makan nasi sama ada time sahur mahupun berbuka. tahu tahu sendiri lah aku ni kalau bab telan menelan ni mmg expert. sebelum aku diet atkins ni, time puasa mmg wajiblah makan nasi time sahur, berbuka kekadang makan nasi lagi. kononnya nanti tak ada tenaga lah kan. time sahur pulak selalunya dulu kena minum air manis (tak lah manis sgt asalkan jgn air putih sbb nk trmuntah) tp alhamdulillah tahun ni aku berjaya tinggalkan nasi time puasa dan minum air putih sahaja sepanjang sahur. Yuhuuu~

spnjg sbln aku berpuasa dan berdiet (betulkan niat ye kang puasa xdpt pahala sbb niat terserong), aku berjaya lah dpt 58kg (loss 7kg) atas bimbingan akk Fafae Mimie dlm FB. mmg best gila lah kan. berat paling rendah yg aku pernah capai dlm hidup aku (metafora sgt*) last aku dpt berat 50+kg ni masa aku sekolah rendah. kalau tak silap masa darjah 5 berat aku 51kg.

saiz baju raya pun dh bertukar saiz m uolls. aku bersyukur sgt2. sblm ni baju muslimah saiz 3xl tu pun ketat kat punggung lah lengan lah. Jubah pulak raya tahun lepas aku pakai 5xl tapi tahun ni pakai saiz m. terima kasih sgt2 kepada ahli keluarga tercinta yang sokong sepenuhnya keputusan aku nk diet ni, sahabat2 rapat, kawan grup Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan sifu2 yg berjaya yg sy jdikan sbg motivasi diri.

Target 55kg masa raya tapi tak lepas. setakat 58kg je mampu. harini raya keempat masih ada event di luar (open house) so aku slow down kan pemakanan aku lah. esok aku start diet sepenuhnya sblm start bersama sahabat grup diet yg nk reinduction semula selepas raya pd 7syawal nt (tp aku mula awal sikit sbb klu lama2 cheat nanti tak sedo diri pulok). well time raya ni aku mmg bedal mcm2 lah ye. bila dh makan nyesal lah pula tp pantang nmpak mkn aku telan jgk akhirnya berat naik 2kg dgn jayanya. ahakkss.

For those yg maybe nk refer aku melalui media sosial, korang boleh follow Instagram aku @cikintann_ or you may follow me through facebook www.facebook.com/ciktannana *cari je nama aku Intan Lyana apehal entah link taknak keluar. adeh

#misikurus #misi55kg #misiatkiners #akunakkurus


Saturday 4 June 2016

REVIEW : Hotel Jasmine di Cameron Highlands.

HOTEL JASMINE 


Last month sesaje lah aku pegi bercuti di Cameron Highlands dgn family. Then stay di Hotel Jasmine yang terletak di Brinchang. So rajin pula terasa nk kasi review harini.



Hotel Jasmine *sorry gambar tak clear ye




Review based on :

Location : bagi aku mmg best sbb senang nk g pasar malam brinchang, jalan kaki je okey. Lagipun sgt2 banyak kedai area hotel ni. Kalau berus gigi ke sabun tak bawak ke lapar tengah2 malam boleh je keluar g kedai.

Price : berpatutan. Haritu aku duduk dgn abah mama di bilik triple deluxe (tak pasti) tapi ada 1queen sized bed and 1single sized bed , utk semalam hanya RM148 *hari biasa okey kalau hari cuti harga lain ye. Lebih lanjut sila contact dgn pihak hotel terus.

Service : layanan dari para pekerja pun memuaskan. takdelah tengking2 ke apa ye. semua baik2. terlupa pula pasal wifi. hotel ni mmg myediakan kemudahan wifi bg penginap sekalian so jgn risau. lagi satu ada lif yg memudahkan kita bergerak. tak perlulah nk mendaki tangga tinggi2. mudah dan tak penat. haha.

Hygiene : sangatlah bersih. cadar, selimut, sarung batal putih bersih tau. bab ni no problem. since aku duduk dua hari di hotel tu mmg aku suruhlah pihak hotel make up bilik tu next day kan. even hari kedua pun diaorg kemas elok je bilik tu. thumb up to hotel :D

Laluan nk ke bilik

Insyaallah selamat ye kalau duduk dlm bilik

Tandas bilik yg bersih

Ni lah rupa bilik yg aku duduk haritu. Ada almari utk habuan korang sangkut baju2, ada juga almari berserta cermin ye, dgn kerusi kecil lg utk korang duduk kalau2 letih berdiri nk mekap kan? 

Katil (queen sized & single sized)

Cermin utk suluh muka korang , tv utk isi waktu senggang , kipas kalau2 korang tak sejuk tp aku mmg tak bukak sbb sejuk gile dah time duduk dlm bilik tu , kalau nk bancuh air dlm bilik pun boleh sbb water boiler ade je utk dgunakan. 

Hotel ni ada lif tau so korang tak perlulah berpenat-penat mengangkut bagasi korang yg berat2 naik ke bilik

Ruang menunggu 

Iron room
p/s: for more informations please do contact hotel Jasmine. You can search by Google okay. Nanti naiklah segala contact no. Thank you :D

Tuesday 31 May 2016

Almost a year with ATKINS :D

Hi everybody. Assalamuailaikum readers.

Lama tak update sbb terlupa passwords >.<

Kembali bercerita pasal diet lah ye. Asal muka aku je diet , asal diet je muka aku. Haha

Diet and diet and diet. Of course kekadang tu fed up kan. Mmg aku akui lah cheat memanjang menyebabkan berat badan lambat nk turun. *sigh

Alhamdullillah skrg berat 60kg meskipun target nak dpatkan 58kg before 2016 tak tercapai tp aku tetap teruskan.

Puasa dh dekat. Harap diri ni tabah lah menjalani ibadah puasa seiring diet. For those yg nk cuba and nk dptkan maklumat pasal diet ni, do contact me via comment or boleh je cari dekat FB (Intan Lyana). Takpun you can request to join kelab diet atkins via FB.

Anyeonggggg~

Monday 9 November 2015

Third month With Atkins

Assalamuailaikum semua ~

Merujuk kpd tajuk di atas, dh msuk 3bulan mengamalkan Diet Atkins. Alhamdulillah berat dah turun meskipun belum mencapai berat ideal. Still a long journey to go. Huhu. T_T

From 80kg to 67kg (naik sekilo hasil drpd cheat memanjang *sigh) Ideal weight 58kg. Harap sgt dpt capai before 1 Jan 2016. Tp kalau dh rajin 'melantak' tak ingat dunia, mmg dlm mimpi aje lah aku dibuatnya.

Seperti biasa, makanan harian dilengkapi dgn sayuran hijau sehijau-hijaunya dan telur menjadi satu kwajipan. Tak kiralah telur goreng ke rebus ke dadar ke, mmg semua tu sentiasa mjadi lauk aku.

Kadang tu naik muak aku dibuatnya so diganti dgn dada ayam yg digoreng dgn sayur atau pun buat je sup sayur campur isi ayam. Mmg cayalah.

Konklusinya, diet atkins selamat diamalkan TAPI dengan syarat follow semua rules yg ada dlm grup atkins. Kalau tak ikut, berat tak turun jgn nak mengadu okey? So, bye2. Anyeongggg~

Sunday 30 August 2015

Get started ~ DIET Atkins

Assalamuailaikum semua,

new blog, new life, new stories created.

Harini 31/8/2015. That means I already in diet atkins for a month. *proud for a moment.

Alhamdulillah, so far so good. Nothing bad things happened to me during this diet. My weight lose for 8kg in a month. *get my old weight :D

Still early to say that I'm success for dieting but I will get through for getting my ideal weight. Still long though. Please wish me luck dearies~

More information, please refer to the others blog. If you lazy to do that, make a request and I will get that for you. Hee~