Friday 8 July 2016

Raye Ohh Raye

Assalamuailaikum semua , annyeonghaseyo ~

Alhamdulillah berlalu sudah ramadhan yang mulia selama sebulan kini syawal menjelang tiba (dah raya keempat dah pun baru nak update. maap)

selama sebulan jgk aku cuba diet atkins yakni tak makan nasi sama ada time sahur mahupun berbuka. tahu tahu sendiri lah aku ni kalau bab telan menelan ni mmg expert. sebelum aku diet atkins ni, time puasa mmg wajiblah makan nasi time sahur, berbuka kekadang makan nasi lagi. kononnya nanti tak ada tenaga lah kan. time sahur pulak selalunya dulu kena minum air manis (tak lah manis sgt asalkan jgn air putih sbb nk trmuntah) tp alhamdulillah tahun ni aku berjaya tinggalkan nasi time puasa dan minum air putih sahaja sepanjang sahur. Yuhuuu~

spnjg sbln aku berpuasa dan berdiet (betulkan niat ye kang puasa xdpt pahala sbb niat terserong), aku berjaya lah dpt 58kg (loss 7kg) atas bimbingan akk Fafae Mimie dlm FB. mmg best gila lah kan. berat paling rendah yg aku pernah capai dlm hidup aku (metafora sgt*) last aku dpt berat 50+kg ni masa aku sekolah rendah. kalau tak silap masa darjah 5 berat aku 51kg.

saiz baju raya pun dh bertukar saiz m uolls. aku bersyukur sgt2. sblm ni baju muslimah saiz 3xl tu pun ketat kat punggung lah lengan lah. Jubah pulak raya tahun lepas aku pakai 5xl tapi tahun ni pakai saiz m. terima kasih sgt2 kepada ahli keluarga tercinta yang sokong sepenuhnya keputusan aku nk diet ni, sahabat2 rapat, kawan grup Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan sifu2 yg berjaya yg sy jdikan sbg motivasi diri.

Target 55kg masa raya tapi tak lepas. setakat 58kg je mampu. harini raya keempat masih ada event di luar (open house) so aku slow down kan pemakanan aku lah. esok aku start diet sepenuhnya sblm start bersama sahabat grup diet yg nk reinduction semula selepas raya pd 7syawal nt (tp aku mula awal sikit sbb klu lama2 cheat nanti tak sedo diri pulok). well time raya ni aku mmg bedal mcm2 lah ye. bila dh makan nyesal lah pula tp pantang nmpak mkn aku telan jgk akhirnya berat naik 2kg dgn jayanya. ahakkss.

For those yg maybe nk refer aku melalui media sosial, korang boleh follow Instagram aku @cikintann_ or you may follow me through facebook www.facebook.com/ciktannana *cari je nama aku Intan Lyana apehal entah link taknak keluar. adeh

#misikurus #misi55kg #misiatkiners #akunakkurus